NUFFNANG

Sabtu, 5 Oktober 2013

aQiL 1st time


aqil yg mula kegeraman


nak meniarap ke tak nak ek??nak ke tak??


tak perlu pk da..


adeh..tgn tersepit..


ups!!!sori terseksi


mama!!!aqil da bejaye


bolat mata hitamku


bolat lg pipiku


pose terakhir sebelum aqil stat membebel

#mamasygaqil#

Sabtu, 7 September 2013

bABy sELseme

Si kecik kesayangan sy da stat selseme..sian sgt kat dia..tp mmg xle nk bantu pape..dia xbyk sgt ragamnye..cume time dia xleh benafas tu,dia stat la memberontak..besyukur sgt2 sbb ayah sy banyak membantu..tokpa aqil akan sedut hingus aqil..pas da clear hidung dia,baru la dia stat senyum..lau tak masam je muke..senyap je spanjang hari..

sy pun stat la mengGOOGLE..cmne nk bagi selseme baby hilang..tp jmp lak artikel laen..tp artikel ni pun byk membantu gak..sbgai ibu baru,mmg sy xtau pape..dan mungkin kepade ibu2 baru di luar sane jugak,sy kongsikan secebis pengetahuan ni..


Jika anak demam...pastikan anak itu dimandikan 3 kali sehari supaya panasnya keluar. Memang betul pun masa ibu jadi cikgu Sains dulu ada topik kenapa air panas dalam cawan teh akan sejuk dalam beberapa minit? Ini kerana haba panas akan bergerak keluar mencari kawasan sejuk.... samalah dengan suhu badan yang panas tadi.

•Bila selsema ...tetap mandikan 3 kali sehari...supaya bila selepas mandi, lendir itu akan mudah keluar. Namun sayangnya ramai ibu2 hari ini ingat jika selsema anak sejuk maka jangan mandikan. Apabila ini berlaku.... anak mudah berkahak sehingga sesak nafas. Ibu cuba praktikkan setiap kali anak ada selsema, alhamdulillah maksimum kene pun 3 hari.

•Batuk....tetap mandikan 3 kali supaya panasnya keluar....dan bila tidur malam, sapukan minyak telon atau minyak yuu yee dibelakang badan anak dalam jam antara 1-3 pagi, insyaALLAH kahaknya cepat beransur baik. Jika minyak terlalu panas, campurkan sedikit dengan minyak kelapa atau minyak zaitun sebelum di urut pada badan anak. (Tips dari Doktor Fairuz: bila kahak die dah longgar tepuk belakang anak everytime die batuk takpe die muntah lebih baik jadi semua lendir2 tu keluar)

•Waktu mandi yang sesuai untuk anak ialah jam 8 pagi, selepas zohor dan sebelum jam 7 malam. Jika terpaksa mandikan selepas jam 7 malam, mandikan dengan air suam dan sapukan minyak panas selepas mandi supaya chest tidak mudah sejuk dan diserang selsema.

•Biasakan selepas mandi, sapukan minyak panas pada ubun2 anak, belakang telinga, tapak tanga, dada dan belakang dada serta betis dan tapak kaki. Ini membantu melancarkan peredaran darah anak juga secara tidak langsung.

Kalau orang dulu, demam, batuk dan selsema tak bagi mandi....jadi panas tu akan terperap dalam badan dan lama-kelamaan boleh menyumbang kepada keadaan yang lebih teruk. Zaman dah berubah, bidan pun belajar sains dan teknologi..Even doktor turut pesan, jika anak demam ...pasangkan aircond di rumah jika ada supaya suhu sejuk dan rumah tidak berkuap ....

Bagi ibu yang menyusukan anak dengan susuibu, menjadi satu kelebihan dengan kerap menyusukan anak semasa anak dalam fasa tidak sihat supaya anak menjadi lebih bertenaga dan antibodi yang dibekalkan mampu melawan penyakit dengan cepat.

Isnin, 2 September 2013

sayA yaNg duLu masih tEtap sAMa??

insiden paling mengejutkan tuk harini..de spasang customer dtg opis rini..laki bini kot..derang tgk2 umah pas2 dtg la kat meja kiterang..sy mmg ngah bizi mase tu..xsempat nk menyibuk..tetibe seblum kapel tu blah, yg laki tu tegur sy..

"awk xkenal sy ke??awk ni ank cikgu sukendi ek"

pergh..tekejut makcik..sape pulak la dak laki ni..gerl kat seblah dia da len muke..sy pun cuak gak la..kang kene tarik tudung..naye..yg laki tu siap teka sy kelas 3 Adil..pindah sekolah mase tingkatan 3 la..mmg terkejut yg teramat la..

persoalannye skang xbubah lgsg ke muka sy??
ni sy yg dulu

ni sy yang sekarang





















persoalannye adakah muke sy xbubah langsung??walaupun sy keterlaluan upload gmbr time kanak2 ribena

dan cerita dak laki tu plak,asenye dia dak kelas sy..dia yg bubah..dak laki mase umur 13 nga dak laki umor 25 mmg la ketara sakan muke derang..hahaha ayat nk cover line sbb xknal dia..dan name dia sy ttp xigt smpi skang..sy tnye dia xnk gtau..takut awek dia marah kot..




Khamis, 29 Ogos 2013

aNugErah tERindah


agak terlewat untuk saya perkenalkan insan baru lam keluarga kami..skang ni dia da berumur 2 bulan da..da semakin bam bam da..insan ni kami namakan dia nga nama MUHAMMAD AQIL FATHI..kehadiran aqil mmg melengkapkan keluarga kami..mmg dipanjatkan kesyukuran yang tak terkata..sume ni cam mimpi je..saya still xcaye yang sy da ade anak..lau time ngandung dulu slalu sgt sangsi..betulke de baby lam perut ni..kot2 sy yg salah pengiraan..mmg susah nk caye..tp bile sy start dgr dengup jantung dia, sy mula kembali ke alam realiti..ya, skang awk da mengandung puan dila..you gonna be a mother..

bile da yakin yg lam perut ni btul2 de baby, hati sy mula xsabar nk jmp dia..tiap hari lau bleh nk mimpi sal dia..nk sgt2 tau rupe dia cmne..dia ekut muke sy ke dia ekut en suami..sal jantina,hati kecik sy mmg da gtau yg anak ni baby boy yg akan menjage adik2 dia..dan lau bleh mmg sy nk besalin awl sbb xsabar nk tgk rupe dia..akhirnye doa sy dimakbulkan..mmg sy besalin awl..


sy start ase sakit pade malam kamis..14hb..tp sy tahan je..sbbye nk buat biar smpi ospital jalan da tebukak 8cm..walaupun skiit sy still leh tdo lg mlm tu..hari jumaat 15hb lak, sakit da mkin kerap dr smlm..ade la lam stengah jam skali..rilek lg..betahan lg..tp mlm tu da xbape nk leh tahan..skit dia mmg len macam..darah pn da makin byk kuar..seblum ni mmg da sminggu darah kuar..siap kene tahan kat wad lg..tp xde pape..bile da agk2 xleh tahan sakit pg tu,disamping mak sy yg asek membebel suh g ospital,sy pun mengalah ekut ckp en suami g ospital..g ospital,nurse check jln da tebukak 2 cm..aduh kecewa sgt ase..ptg tu kesakitan makin meragut kesabaran..sakitnye mmg xleh nk cite cmne..dan mebi sbb kemasinan mulut en suami kot..seblum dia kuar melawat kul 8 mlm tu,dia gtau pasni lau dia masuk g lawat sy,dia nk de baby kat sebelah sy..akhirnye sy masuk labour room kul 12 dan besalin kul 1 pg..

ni gmbr time sakit kul 6ptg

dan tersangat2 la ase besyukur bile tgk ank yg kuar ckup sifatnye..time skit tu sempat sy kire jari tgn kaki baby..hehhe..1st time sy tgk muke en suami sgt seyes time temankan sy besalin..dan pengalaman ni mmg sgt menakutkan tuk diingati..3 malam jugak la sy xleh tdo sbb duk tingat cmne saat besalin tu..

ade beberape insiden yg jadi pas sy kuar dr labour room sbenarnye..sy kuar kul 2 kul 3 sy masuk labour room blik..time tu lam pale cume pk satu bnda je..siannye kat baby lau sy mati time ni..baby baru minum skali je susu sy..tu pn dia msti xkenyang lg..tu je bnda yg bermain2 lam minda sy..malas nk cite pe yg jd..malas nk memburukkan mane2 pihak..sy pasrah..itu nasib sy..


benda paling xbes,da la mase besalin 3 ari kat lam wad. baru je blik umh sehari,esoknye kne masuk wad lagi..baby kene kuning..sian sgt kat dia..3 hari jugak la dia bermalam bwh lampu biru tu..

inilah dia..MUHAMMAD AQIL FATHI yang sihat walafiat..pipi da mmg bam-bam la..inilah yg membuktikan sy pandai jage anak..hahaha..

walaupun terlambat, SLAMAT HARI RAYE DR KAMI SEKELUARGA..





Sabtu, 27 April 2013

hafiz-bahagiamu deritaku

sesaje sambil melayan perasaan,tetibe sy terdengar lagu ni..dan tetibe juga mengingatkan saya pada seseorg..terase bedose plak sy..tp bnda ni xde pape pn..cume habis stakat ctu je..



Ku dengar kau cinta sangat padanya
Ku dengar hatimu kini miliknya
Dia kan menjadi teman sehidup dan semati
Aku menjadi sahabatmu

Siksanya mengakui kau teman biasa
Terpaksa ku terima itu hakikatnya
Yang pasti aku tak mahu lupakan cinta
Kau percik api membakar kenangan lama

Aku tak tahu menilai cintamu
Aku tak mampu pertahankan

Tinggalkanku, perlahan-lahan ku trima
Semakin ku sakit, semakin kau bahgia
Mengapakah aku jadi lemah
Sungguh ku tak sangka dia membawa jantungku bersamamu

Yang pasti aku tak mau lupakan cinta
Kau percik api membakar kenangan lama

Aku tak tahu menilai cintamu
Aku tak mampu pertahankan

Tinggalkanku, perlahan-lahan ku trima
Semakin ku sakit, semakin kau bahgia
Mengapakah aku jadi lemah
Sungguh ku tak sangka dia membawa jantungku bersamamu, bersamamu

Mengapakah aku jadi lemah
Sungguh ku tak sangka dia membawa jantungku bersamamu

Jumaat, 22 Mac 2013

pahala bagi mummy2 yang mengandung dan isteri2




semoga saya dan semua wanita di luar sana akan beroleh keberkatan..kuatkan hati kami..berilah kesabaran kepada kami kaum wanita yang lemah ini untuk menghadapi alam rumah tangga yang penuh liku..semoga saya masih mampu bertahan..


1. Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk daripada 1000 orang lelaki yang jahat.

2. Dua rakaat solat daripada wanita hamil lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.

3. Wanita yang beri susu kepada anaknya daripada buah dadanya akan mendapat satu pahala daripada setiap titik susu yang diberikannya.

4. Apabila suami pulang ke rumah dalam keadaan letih dan isteri layan dengan baik akan mendapat pahala jihad.

5. Seorang isteri yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anak yang sakit dapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.

6. Isteri yang melihat suami dengan kasih sayang dan suami pula melihat isteri dengan penuh kasih sayang, Allah s.w.t. akan pandang dengan penuh rahmat.




7. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar di jalan Allah s.w.t. dan kemudian menjaga rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya dan jadi ketua kepada 70 000 Malaikat dan bidadari. Wanita itu akan dimandikan dalam syurga lalu menunggu suaminya sambil menaiki kuda yang dibuat dari permata Yaqut.

8. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampun oleh Allah s.w.t. seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah s.w.t. memberinya 12 tahun pahala ibadat.

9. Wanita yang memerah susu binatang dengan bacaan “Bismillah” didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.

10. Wanita yang menguli tepung dengan “Bismillah” Allah s.w.t. akan berkatkan rezekinya.

11. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir dapat pahala seperti menyapu lantai Baitullah.

12. Wanita yang menjaga solat, puasa dan taat pada suami, Allah s.w.t. mengizinkannya masuk syurga dari mana-mana pintu yang ia kehendaki.

13. Pahala bagi wanita hamil adalah seperti berpuasa pada siang hari dan beribadat pada malam hari.

14. Wanita yang bersalin akan dapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah swt. akan beri satu pahala haji.

15. Sekiranya wanita itu meninggal dunia dalam masa 40 hari selepas bersalin ia dikira mati syahid.

16. Apabila seorang wanita yang menyusukan anaknya yang menagis diwaktu malam dengan sabar, dia dapat pahala satu tahun sembahyang dan puasa.

17. Kalau wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh 2 suku tahun maka malaikat di langit datang bawa khabar gembira bahawa syurga wajib bagi kamu.

18. Kalau isteri layan suami tanpa khianat dapat pahala 12 tahun solat.

19. Wanita yang picit suami tanpa disuruh dapat pahala 7 tola emas manakala isteri yang picit suami bila disuruh akan dapat pahala 7 tola perak.

20. Wanita yang meninggal dunia dengan dapat keredhaan suaminya, dia akan masuk syurga.

21. Seorang wanita solehah lebih baik daripada 70 orang lelaki yang soleh.

22. Jika suami mengajar satu masalah agama pada isterinya dia akan dapat pahala 80 tahun ibadat.

23. Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah swt di akhirat tetapi Allah swt sendiri akan datang pada wanita yang memberati auratnya iaitu yang memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah (tetap).



24. Seorang isteri yang menyambut baik kedatangan suaminya yang dalam keadaan marah, Allah swt beri kepadanya setengah pahala jihad.

25. Allah swt berkati dalam rezeki bila seorang wanita memasak dengan zikir Bismillah.

26. Allah swt akan melaknati wanita yang sengaja mendedahkan auratnya kepada lelaki yang bukan muhrimnya.




Sabtu, 9 Mac 2013

baby boy vS baby girl

salam..

cerita kalini ialah perasaan berdebar di hati saya dan mungkin en. suami (tp bedebar ke dia??)isunya ialah bilamana ramaia yg mula meneka baby lam perut saya ni lelaki ke perempuan..start ari mule2 sy tau sy pregnant, hati sy da tedetik da..sy pregnant baby boy(ataupun mungkin sbb sy dan en suami mmmg nk baby boy sebagai abg sulong yg mampu menjaga adik-adiknya)..

tp bile perut ni da stat besar,rmai yg mula meneka baby lam perut sy baby gerl..aduh kecewa pn ade..tp xde la kecewa mane pn..hepi pun de gak sbb bolehla sy ajar anak sy melaram..bolehla sy pakaikan dia baju yg sume kaler pink..(huhuhu en suami xtau niat yg tersimpan lam ati ni..)

pastu bile sy bertanye kat en google pn,rmai yg bagi klue baby sy baby gerl..jom sy share sket..




BABY GIRL
•Mengalami mual-mual yang agak teruk selama trimester pertama itu pertanda akan mendapat bayi perempuan. Sebaliknya jika tidak mengalami mual-mual teruk atau tahap mualnya rendah petanda anak laki-laki.

•Tonjolan perut tinggi (runcing) petanda anak lelaki. Sebaliknya jika tonjolan perut rendah petanda anak perempuan.

•Tubuh terasa lebih bengkak terutama pada peha dan punggung dipercayai sebagai tanda anak perempuan yang sedang mengambil kecantikan ibunya. Tapi jika kelebihan berat badan cenderung ke depan itu pertanda anak lelaki.

•Lebih suka makanan yang mengandungi protein seperti daging serta suka makanan yang masin dan asam itu pertanda anak lelaki. Sebaliknya jika suka makanan manis dan buah-buahan petanda anak perempuan.

•Posisi tidur jika lebih suka arah utara dipercayai petanda anak laki-laki, tapi sebaliknya jika lebih senang tidur ke arah selatan petanda anak perempuan.




BABY BOY
• Mengalami Morning sickness di awal kehamilan

• Merasakan beban berat pada bahagian punggung dan pinggul

• Payudara kiri lebih besar berbanding kanan

• Rambut anda berwarna agak kemerahan berbanding sebelumnya

• Bentuk perut condong ke arah atas

• Perut tampak agak lonjong

• Mengidam makanan manis

• Sukakan buah-buahan

• Suka minum air atau jus yang bersifat masam

• Anda jadi lebih cerewet semasa hamil

• Mudah moody berbanding sebelumnya

• Kulit wajah mudah bermasalah berbanding sebelum hamil

• Tidak suka makan roti bersama kulitnya

• Payudara kelihatan mengembang

• Suka menghadap muka kearah selatan semasa tidur

akhirnya byk la petanda sy kene pada baby girl..xkesahla baby girl ke baby boy..sy ttap redha dan besyukur..tp ape yg pastinya,sume brg yg syg beli tuk baby xde yg kaler pink..sumenye kaler biru..sbb naluri sy kuat mengatakan yg baby ni baby boy..dan satu lg rahsia..sy belum ade name tuk baby gerl..xjumpa lg name yg bekenan di hati.. huhuhu..

sekian..